Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melayari blog Santai Mantai Angler Team ni... Sebagai pembukaan, saya nak tunjukkan logo team kami agar pembaca semua dapat meneka apakah tujuan dan motif blog ini diwujudkan...
Blog ni sebenarnya adalah untuk kami mengabadikan sejarah trip-trip pancing yang kami dah tempuh tapi blog nie juga akan dibangunkan sebagai satu platform untuk mencari team-team pancing yg lain untuk memenuhi keanggotaan bagi trip bg masa akan datang.
Sejarah Santai Mantai Angler Team bermula dengan keahlian 5 orang. 5 orang nie pon bkn sapa2...geng2 lepak masa sekolah dulu...geng lepak rempit,lepak snooker, lepak CC dan merata la kami lepak...nak dijadikan cerita, satu hari tu pada mulanya timbul niat nak cari aktiviti yg santai dan berfaedah disamping boleh beriadah...jd salah sorang dari kami pon mencadangkan tu pergi memancing..dari situ la mulanya aktiviti sihat kami nie..
Sebelum saya ceritakan dengan lanjut, saya nak perkenalkan la ahli team kami nie kepada anda semua. Dalam team nie xdak ketua, makna kata team nie adalah team sehati sejiwa. Ahli-ahli team nie terdiri daripada ayob siakap jerjak, asrul ngalau, alip honda SP, pait high-end dan saya sendiri puad..haha.. saya ja yg xdak nama gelaran kat belakang tu sbb bukan level masta lg...yg ada nama gelaran tu ja yg level-level masta...sebenarnya nama-nama nie dalah nama team yg ter'latest'. dalam permulaan penubuhan team nie ada beberapa masalah yg terjadi tapi saya rasa tak perlu la nak ceritakan disini sbb yg lepas tu biar la lepas, hidup harus diteruskan.
Setakat nie dulu sebagai pembukaan bagi blog nie...untuk post-post akan datang saya akan ceritakan kisah trip-trip yang kami dah lalui bermula dengan daripada xtau nak ikat mata kail...hahaha...
Sekian...sehingga berjumpa lg
Sekian...sehingga berjumpa lg

Xsabaq nak baca next post abamsemboi..
ReplyDelete